Friday, September 30, 2011

HARI KEDUA DI WAD

Bangun pagi ni dengan harapan Iman akan keluar wad. pukul 8 pagi dah gerak ke Hospital Klang. Sampai je sana umi dia cakap ada peluang hari ni nak keluar wad. Alhamdulillah. Untuk makluman,  orang yang dibenarkan masuk ke wad bayi cuma mak dan bapa je. Bapa just kejap je kalau nak masuk kecuali pada waktu melawat pada 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Itu pun just bapa je boleh masuk. Aku difahamkan oleh mak guard, sebabnya adalah supaya senang nak kawal pergerakan masuk keluar orang dalam wad tersebut. Dia cakap sebelum ni ada kes nak kidnap bayi. Senang-senang je penculik boleh bawa keluar sebagai contoh just masukkan dalam beg pun boleh, yela bayi kan kecil je, so senang sangat kalau nak culik.


Sedang aku menunggu waktu melawat aku pun round2 la Hospital ni. Lepas tu rasa macam nk membuang ;p. Cepat-cepat aku cari tandas. Dalam hati minta-minta la tandas dia ok. Seperti yang dijangkakan kebanyakan tandas-tandas awam di Malaysia terutamanya yang tak berbayar ni memang tak boleh nk "blah". Nak duduk pun tak sanggup so terpaksalah aku tahan je. sabar jela. Nak buat macam mana mentaliti rakyat kita masih tak berubah. 


Aduh Sakit Perut

Pada pendapat aku, tandas kita ni tak ok sebab pertamanya adalah sikap kita yang dah guna tapi tak reti nak jaga. Ada yang guna tak flush la dan ada yang dah guna lepas tu boleh menjahanamkan harta benda awam ni pula. Macam benda tu untuk digunakan oleh dia sorang je. Aku tak tau la orang macam ni fikir macam mana. Mudah-mudahan orang macam ni cepat-cepatlah insaf. InsyALLAH. Keduanya pula adalah masalah teknikal. Kadang-kadang air tak ada atau tak kuat, tangki bocor dan lain-lain lagi. Maintenance pula lambat nak betulkan kerosakan tersebut so bila orang awam guna ada yang tak boleh nak flush dan sebagainya. Sebab tu lah tandas awam kotor. So semua orang perlulah memainkan peranan yang penting, dah namanya tandas awam mestilah masing-masing patut jaga dan bukannya hanya pandai guna saja. 

Kurang Di Ajar

Satu lagi sikap orang yang aku nk cerita masa dekat hospital ni, adalah tentang sifat biadap. Cerita ni pun aku dapat daripada mak guard yang jaga wad anak dan isteri aku tu. Dia cakap pada aku dia kerja makan gaji so kenala ikut prosedur yang telah ditetapkan. kalau dah ditetapkan oleh orang atasan so kenalah ikut. Bukan apa prosedur ni pun untuk keselamatan juga. Tapi orang kita ni tak faham atau buat-buat tak faham. Kadang-kadang tu siap dok sound pula. Mak guard tu cakap setakat sound je takpa la sangat sebab dia boleh tahan lagi, tapi bila dah sanggup maki dan mencarut mana boleh tahan. Menurut dia lagi dia dah tua tapi yang sedihnya tu, yang makinya kalau nak diikutkan pangkat macam anak dia je. Aku terfikir dalam hati orang macam ni tak fikirkah kalau orang lain buat macam tu pada mak dia? amacam? sakit hati tak?. 

Mudah-mudahan aku, isteri dan anak2 dijauhkan daripada perkara seperti itu. Mudah-mudahan majoriti masyarakat kita juga akan berubah dari hari ke hari dalam mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Amin. 

Iman Sufi Dah Boleh Balik

Berbalik kepada Iman Sufi, setelah lama membebel;p. Tak lama selepas berborak dgn mak guard, aku terima mesej daripada isteriku yang menyatakan Iman sudah boleh balik kerana bacaan demam kuningnya sudah stabil. Alhamdulillah. Akhirnya setelah urusan pembayaran bil dan lain-lain telah diuruskan. Kami pun bertolak balik ke rumah mertua aku di Shah Alam kira-kira jam 1.30 petang. Alhamdulillah. 
Wassalam. 

Gambar semasa di Hospital Klang

Alala kesian dia. sampai tertonggeng2

Huhu sedap tido

Amboi2 seronok dia dah nak keluar wad

Menjadi-jadi ;)


Kesian bercalar2 muka dia

Bapa soleh dan anak yang solehah. Amin

Tido lagi be4 keluar wad
Sekian.........

1 comment: