Tuesday, April 19, 2011

Tidurlah Sekejap

Oleh Dr. Farhan Hadi Mohd Taib (Majalah Solusi)

Pusingan Biologi Badan

Bagi mereka yang mempunyai cukup tidur pada waktu malam, mereka biasanya mengakui tetap berasa mengantuk dan lembap setiap hari. Sebahagian kita mungkin menyangka bahawa ini berpunca daripada makan tengah hari dalam jumlah yang banyak kerana perut yang kenyang lazimnya akan menyebabkan mengantuk. Namun, ia sebenarnya berpunca daripada sebab lain dan rasa mengantuk ini merupakan tanda badan kita memerlukan tidur dalam tempoh yang sekejap.

Badan kita sebenarnya mempunyai biological rhythm atau pusingan biologi. Sistem ini dikawal oleh hormon-hormon yang terdapat dalam tubuh kita. Dalam keadaan normal, sistem inilah yang menyebabkan kita beras mengantuk pada waktu tertentu dan berasa bertenaga pada waktu lain.