Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah..

Tanggungjawab
Tanggal  19 hb November 2010 jam 9.30 malam waktu Ayer Bemban bertukarlah status aku daripada yang hanya suka-suka kepada memikul tanggungjawab yang besar tidak terhingga. Masih ingat lagi semasa  perjalanan ku ke Ayer Bemban sehingga tersenyum sendirian dalam hatiku berkata “pergiku ke Air Bemban sebagai seorang bujang dan balik nanti ke Kedah sebagai seorang suami orang” Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bukan semata-mata sekadar sebagai seorang suami bahkan sebagai pemimpin keluarga. Semuanya akan dihitung oleh yang maha esa amalan baik dan buruk ku sebagai pemimpin dari saat aku sah sebagai seorang suami kepada insan yang ku cintai bernama Emi Rohaidah Abu Bakar. Mudah-mudahan aku akan dapat menjalankan tanggungjawab ku dengan sempurna dan diredhai oleh-NYA . Sesunguhnya perjalanan ku masih jauh dan semoga semuanya dilindungi oleh-NYA. Amin.. Walahu’alam.

Sahabat
Untuk semua sahabat, saudara mara dan semua telah menjayakan majlis walimatul urus aku dan dia, ini ucapan untuk kalian semua

Wednesday, November 10, 2010

Antara keikhlasan dan politik

Salam, tulisan ini bukanlah bermaksud untuk menyebelahi mana-mana parti politik, ini cuma renungan dan pendapat  semata-mata. Yang  betul jadikan pedoman yang tak betul jadikan sempadan. Apa yang penting perjuangan di dalam islam itu sendiri yang diutamakan, kerana sesungguhnya semua orang islam itu bersaudara tanpa mengira fahaman dan jangan memutuskan tali silaturrahim yang memang telah terjalin antara kita.

Banjir

Semua sudah maklum dan tahu betapa teruknya banjir yang berlaku di utara semenanjung Malaysia. Banjir kali ini lebih teruk dari yang berlaku pada tahun 2005. Apa yang hendak saya katakan sekarang bukanlah ingin membayangkan betapa teruknya bencana banjir yang berlaku disini jauh sekali ingin membincangkan berkenaan mengapa terjadinya banjir ini? Apakah penyebab utamanya bencana ini yang dahulunya jarang berlaku disini? Jawapannya hanya DIA sahaja yang mengetahuinya dan sesunguhnya ada hikmah disebalik semua ini. Kita sebagai hambaNYA perlulah muhasabah diri dan mengkaji mengapa perkara ini terjadi.

Thursday, October 28, 2010

Sunday, October 17, 2010

Thursday, October 14, 2010

Malaysia sebagai Hab Teknologi Hijau

Adakah terdapat peluang-peluang yang kita boleh rebutkan dalam kehangatan dan kerancakan pembangunan teknologi ini?


Kalau ada apa-apa info tolong la share k. tq

Monday, October 11, 2010

Integrity pact

"Peringatan kesalahan rasuah" di dalam kontrak perolehan kerajaan dan perlu dimasukkan dalam bahagian Arahan kepada penender di dalam semua kontrak kerajaan. Mula dikuatkuasakan pada 1 April 2010.  Pekeliling untuk PERINGATAN kesalahan RASUAH bagi kontrak kerajaan

Saturday, October 9, 2010

walit oh walit!

Industri yang dahulunya tidak dihiraukan dan kini telah mendapat perhatian umum. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menceburi industri ini:



Berikut adalah anggaran kasar kos bagi penyediaan rumah burung ini.Ini juga boleh dijadikan panduan dalam pembinaan rumah ini. Tetapi ingat!! ini hanyalah anggaran kasar sahaja ianya mungkin boleh menjadi lebih rendah ataupun tinggi mengikut kepada turun naik harga bahan binaan, buruh dan juga permintaan. 

Jika boleh mendapatkan harga yang lebih murah itu adalah yang terbaik tetapi mesti ingat kualiti rumah ini perlu dijaga jika tidak pelaburan saudara akan sia-sia kerana industri ini adalah jenis pelaburan jangka panjang dan hasilnya akan di nikmati selepas 5 tahun (maksimum) beroperasi.

RM 80/Sqft @ RM 880/M2 

p/s: jika terdapat harga yang rendah dan lain-lain info tolonglaa share k ;)