Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah..

Tanggungjawab
Tanggal  19 hb November 2010 jam 9.30 malam waktu Ayer Bemban bertukarlah status aku daripada yang hanya suka-suka kepada memikul tanggungjawab yang besar tidak terhingga. Masih ingat lagi semasa  perjalanan ku ke Ayer Bemban sehingga tersenyum sendirian dalam hatiku berkata “pergiku ke Air Bemban sebagai seorang bujang dan balik nanti ke Kedah sebagai seorang suami orang” Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bukan semata-mata sekadar sebagai seorang suami bahkan sebagai pemimpin keluarga. Semuanya akan dihitung oleh yang maha esa amalan baik dan buruk ku sebagai pemimpin dari saat aku sah sebagai seorang suami kepada insan yang ku cintai bernama Emi Rohaidah Abu Bakar. Mudah-mudahan aku akan dapat menjalankan tanggungjawab ku dengan sempurna dan diredhai oleh-NYA . Sesunguhnya perjalanan ku masih jauh dan semoga semuanya dilindungi oleh-NYA. Amin.. Walahu’alam.

Sahabat
Untuk semua sahabat, saudara mara dan semua telah menjayakan majlis walimatul urus aku dan dia, ini ucapan untuk kalian semua


Alhamdulillah syukur kepada yang maha esa semuanya berjalan lancar dan sempurna
Kepada semua yang menjayakannya terima kasih ucapan untuk kalian semua
Hanya DIA yang dapat membalasnya
Tiada niat diri ini untuk melukakan hati sesiapa mohon maaf sekiranya ada
Sesunguhnya sesuatu yang baik dan buruk itu hanya datang dari DIA yang berkuasa
Tiada kata yang sesuai diucapkan melainkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
Moga-moga ikatan murni yang terbina kekal hingga ke syurga
Terima kasih semua..
Salam....

No comments:

Post a Comment