Wednesday, November 10, 2010

Antara keikhlasan dan politik

Salam, tulisan ini bukanlah bermaksud untuk menyebelahi mana-mana parti politik, ini cuma renungan dan pendapat  semata-mata. Yang  betul jadikan pedoman yang tak betul jadikan sempadan. Apa yang penting perjuangan di dalam islam itu sendiri yang diutamakan, kerana sesungguhnya semua orang islam itu bersaudara tanpa mengira fahaman dan jangan memutuskan tali silaturrahim yang memang telah terjalin antara kita.

Banjir

Semua sudah maklum dan tahu betapa teruknya banjir yang berlaku di utara semenanjung Malaysia. Banjir kali ini lebih teruk dari yang berlaku pada tahun 2005. Apa yang hendak saya katakan sekarang bukanlah ingin membayangkan betapa teruknya bencana banjir yang berlaku disini jauh sekali ingin membincangkan berkenaan mengapa terjadinya banjir ini? Apakah penyebab utamanya bencana ini yang dahulunya jarang berlaku disini? Jawapannya hanya DIA sahaja yang mengetahuinya dan sesunguhnya ada hikmah disebalik semua ini. Kita sebagai hambaNYA perlulah muhasabah diri dan mengkaji mengapa perkara ini terjadi.


Sikap

Perkara utama yang saya hendak katakan sebenarnya adalah berkenaan sikap pemimpin-pemimpin kita khususnya pemimpin islam. Rasanya tak perlulah saya memberitahu pemimpin mana atau dari parti manakah mereka tetapi yang penting mereka adalah umat islam. Semua sudah maklum benar (orang yang tidak terima bulat-bulat apa yang dilaporkan dalam media) terutamanya orang yang mengalami sendiri bencana banjir ini, masyarakat disini yang lebih mengetahui siapakah yang betul-betul ikhlas dalam memberikan bantuan dan yang mana pulak hanya bermain wayang dan mencari publisiti murahan semata-mata kerana pilihanraya semakin dekat.

Apa yang mereka ini tahu adalah tuduh menuduh orang ini buat kerja, orang itu tidak buat kerja, orang ini lembap la, orang itu lepas tangan, dan lain-lain lagi. Orang yang menuduh itu pula buat kerja ke? Setakat datang tengok sehari dua saja tempat banjir (itu pun tak cecah air pun silap-silap kasut pun tak kena selut) nk cakap macam itu pula baik tak payah datang orang macam ini balik dok tidur dekat rumah lagi bagus dari datang nak menyalahkan orang, kerana kami tidak memerlukan orang yang pandai bercakap masa banjir ni dan apa yang kami mahukan adalah bagaimana masalah ini semua hendak diselesaikan? Macam mana bantuan hendak disalurkan? Berapa banyak bantuan yang diperuntukkan?

Kenapa perlu mengatakan orang ini orang itu lepas tangan? Padahal orang itu bukan main lagi turun padang dan membuat perancangan untuk mengatasi bencana ini. sudah tiada isu sangatkah sampai masalah banjir pun nak dijadikan isu politik? Hebat sungguh propaganda yang dilancarkan oleh mereka ini sampaikan ada saudara mara yang berada di luar kawasan banjir pun sibuk menelefon bertanyakan”betulkah apa yang dilaporkan media? Kami bimbanglah dengan keselamatan kamu”.

Fikirlah

Apa yang menariknya orang bukan islam pula yang menolong tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum dan tidak ada pula mereka ini yang membawa bendera (logo parti) sebesar alam ke segenap tempat yang ingin diberikan bantuan. Seolah-olah mereka ini pula lebih memahami ajaran islam daripada orang islam itu sendiri.

Bersatu

Tak bolehkah kita semua turun padang ketika banjir ini sebagai satu entiti bagi menangani masalah ini? ketepikan sekejap fahaman politik dan fokuslah kepada kerja-kerja bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Tak payahlah nak pacak bendera dan bawa ke hulu ke hilir semasa banjir ini semata-mata hendak bagitau parti ni buat kerja manakala parti yang satu lagi tak buat kerja. Yang seronoknya banjir berlaku pada 2 negeri tetapi negeri yang 1 lagi macam tak berlaku banjir pula sebab yang sensasinya hanya di 1 negeri ini saja. Kenapa? Sebab bukan 1 bulu? Islam ada ajar umatnya macam itu ke? Entahlah saya pun tak faham dengan sikap sebegini. Tetapi alhamdullilah yang terbaru pihak yang selalu tuduh menuduh itu sudah mengeluarkan statement (rasanya setelah merasakan isu yang mereka mainkan telah menikam diri sendiri) menyatakan “sudahlah dan insaflah daripada mempolitikkan isu ini yang penting sekarang bantuan kepada mangsa-mangsa banjir perlu disampaikan segera” (siapakah yang perlu insaf?) tepuk dada tanya iman.


Berikut adalah luahan yang diucapkan oleh Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah klik disini

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment