Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah..

Tanggungjawab
Tanggal  19 hb November 2010 jam 9.30 malam waktu Ayer Bemban bertukarlah status aku daripada yang hanya suka-suka kepada memikul tanggungjawab yang besar tidak terhingga. Masih ingat lagi semasa  perjalanan ku ke Ayer Bemban sehingga tersenyum sendirian dalam hatiku berkata “pergiku ke Air Bemban sebagai seorang bujang dan balik nanti ke Kedah sebagai seorang suami orang” Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bukan semata-mata sekadar sebagai seorang suami bahkan sebagai pemimpin keluarga. Semuanya akan dihitung oleh yang maha esa amalan baik dan buruk ku sebagai pemimpin dari saat aku sah sebagai seorang suami kepada insan yang ku cintai bernama Emi Rohaidah Abu Bakar. Mudah-mudahan aku akan dapat menjalankan tanggungjawab ku dengan sempurna dan diredhai oleh-NYA . Sesunguhnya perjalanan ku masih jauh dan semoga semuanya dilindungi oleh-NYA. Amin.. Walahu’alam.

Sahabat
Untuk semua sahabat, saudara mara dan semua telah menjayakan majlis walimatul urus aku dan dia, ini ucapan untuk kalian semua

Wednesday, November 10, 2010

Antara keikhlasan dan politik

Salam, tulisan ini bukanlah bermaksud untuk menyebelahi mana-mana parti politik, ini cuma renungan dan pendapat  semata-mata. Yang  betul jadikan pedoman yang tak betul jadikan sempadan. Apa yang penting perjuangan di dalam islam itu sendiri yang diutamakan, kerana sesungguhnya semua orang islam itu bersaudara tanpa mengira fahaman dan jangan memutuskan tali silaturrahim yang memang telah terjalin antara kita.

Banjir

Semua sudah maklum dan tahu betapa teruknya banjir yang berlaku di utara semenanjung Malaysia. Banjir kali ini lebih teruk dari yang berlaku pada tahun 2005. Apa yang hendak saya katakan sekarang bukanlah ingin membayangkan betapa teruknya bencana banjir yang berlaku disini jauh sekali ingin membincangkan berkenaan mengapa terjadinya banjir ini? Apakah penyebab utamanya bencana ini yang dahulunya jarang berlaku disini? Jawapannya hanya DIA sahaja yang mengetahuinya dan sesunguhnya ada hikmah disebalik semua ini. Kita sebagai hambaNYA perlulah muhasabah diri dan mengkaji mengapa perkara ini terjadi.