Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA TEWAS HARIMAU MUDA MASIH ADA

                                             

KECEWA

Salam 
(Untuk makluman aku bukanlah penyokong yang fanatik sangat tentang bola sepak tapi apabila melibatkan perlawanan skuad negara aku pasti akan tengok. tak kisah la kalau game sebelum ni asyik kalah saja)
Semalam satu lagi detik bersejarah bagi sukan tanah air akan tercipta jika Harimau Malaya dapat jinakkan Sang Singa. Namun, apakan daya takdir penentu segalanya (Macam lirik lagu pulak. sry ya abg Jamal ;)). Berpuluh ribu orang berkumpul semalam di Stadium Negara Bukit Jalil. Pelbagai cara Sang Singa buat untuk menang sampai sanggup berbaring-baring atas padang, rasanya tak pernah jumpa padang rumput asli kot almaklumlah sana mana ada rumput asli lagi, semuanya sintetik. Sebab tu la diaorang tak nak lepaskan peluang untuk merasai ke"best"an dan keempukkan padang rumput asli hahaha. Apa2 pun tahniah buat Sang Singa. Ada jodoh kita jumpa lagi untuk game2 yang akan datang. 

Untuk Harimau Malaya walaupun aku kecewa, tahniah di ucapkan kepada mereka. sesungguhnya mereka telah melakukan segalanya sedaya yang mungkin namun nasib tak menyebelahi mereka. tahniah!! dan syabas!! aku berbangga terhadap kamu semua (Rasanya bukan aku saja tetapi majoriti penyokong yg cintakan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia). Teruskan usaha anda (Lain kali kalau nk main kalau boleh tutupla lutut 2 lagi bagus barulah islamik dan berkat bila bermain hehehe).