Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA TEWAS HARIMAU MUDA MASIH ADA

                                             

KECEWA

Salam 
(Untuk makluman aku bukanlah penyokong yang fanatik sangat tentang bola sepak tapi apabila melibatkan perlawanan skuad negara aku pasti akan tengok. tak kisah la kalau game sebelum ni asyik kalah saja)
Semalam satu lagi detik bersejarah bagi sukan tanah air akan tercipta jika Harimau Malaya dapat jinakkan Sang Singa. Namun, apakan daya takdir penentu segalanya (Macam lirik lagu pulak. sry ya abg Jamal ;)). Berpuluh ribu orang berkumpul semalam di Stadium Negara Bukit Jalil. Pelbagai cara Sang Singa buat untuk menang sampai sanggup berbaring-baring atas padang, rasanya tak pernah jumpa padang rumput asli kot almaklumlah sana mana ada rumput asli lagi, semuanya sintetik. Sebab tu la diaorang tak nak lepaskan peluang untuk merasai ke"best"an dan keempukkan padang rumput asli hahaha. Apa2 pun tahniah buat Sang Singa. Ada jodoh kita jumpa lagi untuk game2 yang akan datang. 

Untuk Harimau Malaya walaupun aku kecewa, tahniah di ucapkan kepada mereka. sesungguhnya mereka telah melakukan segalanya sedaya yang mungkin namun nasib tak menyebelahi mereka. tahniah!! dan syabas!! aku berbangga terhadap kamu semua (Rasanya bukan aku saja tetapi majoriti penyokong yg cintakan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia). Teruskan usaha anda (Lain kali kalau nk main kalau boleh tutupla lutut 2 lagi bagus barulah islamik dan berkat bila bermain hehehe).


"PENYOKONG KONON"

Apa yang menyebabkan aku sakit hati dan agak marah sangat adalah sikap segelintir yang kononnya "penyokong setia" (ntah2 baru semalam "ter"tengok yg mn sebelum ni tak pernah ambk kisah lgsg) yang tak habis2 nk kondem skuad Malaysia dan tak lepas jgk yang memaki hamun player2 yang mana di mata mereka sungguh memalukan dan patut dicampak jauh2 dari skuad negara ini. Sungguh biadap kata2 seperti itu. Ingatlah kita orang Islam dan bagi yang bukan Islam pula rasanya semua agama pun tak ajar untuk berkata-kata seperti itu. Tak salah pun nk kritik tapi kritik la dengan cara yang membina bknnya dgn cara memaki hamun dan semata-mata meluahkan perasaan yang negatif saja (panas betullah aku).

Diaorang ni tak tahu ke skuad negara ni yang boleh melangkah sejauh ni setelah beberapa lama tidak melangkah ke  pusingan kedua ni atas jasa player2 mana? kalau bukan player2 semalam sapa lagi? walaupun terdapat muka2 baru. so tak pyh la nk kondem saja tak habis2. sudah-sudahlah dengan perangai bila menang bukan main sanjung cakap pemain tu bagus pemain ni terbaik tapi bila kalah pemain tu tak guna pemain ni @###@ dan macam-macam lagila (Pttnya dh tak wujud dah perangai macam 2 malahan dalam Islam sendiri pun tak pernah ajar macam 2). Diaorg ni pn bkn bermain untuk kalah tapi apakan daya. apa yg perlu kita bagi sekarang adalah sokongan moral yg tak berbelah bahagi untuk mereka.

SEMALAM IMPIAN HARI INI KENYATAAN

Tak dinafikan terdapat kelemahan yang ketara di bahagian pertahanan, bahagian tengah yang kurang lancar untuk melorongkan bola yang baik di bahagian serangan. Namun keseluruhannya mereka menunjukkan peningkatan. mungkin tak ada "luck" bagi mereka malam tadi. (Tambahan pula ada tonggak utama yang mengemudi barisan pertahanan dan tengah masing2 "injured" dan kena kad merah) 

Takpela kalau tak boleh kelayakan world cup 2014 ni so aim seterusnya world cup 2018(terlalu lama rasanya). Tapi yang paling penting sekarang ni aim paling dekat adalah Olimpik 2012 bagi skuad Harimau Muda yang "trained" dekat Slovakia skrang ni (kalau tak silap) . so utk membagkitkan rasa semangat sokongan, aku ada Lampirkan Jadual Malaysia dalam Group C. Team yg akan dihadapi malaysia bukan calang2 team. Sebab tu la yang membuatkan aku tak sabar nak tunggu game ni. Tapi apa2 pun jika team ni pun kalah nasihat aku terima jela kenyataannya. Teringat aku ayat ini dkt signboard ketika di highway masa nak pergi site meeting dekat Kulim sblm tol sg dua "semalam adalah impian hari ini adalah kenyataan" so bagi aku terima jela kenyataannya walaupun pahit kerana apa yang 'telah' terjadi tak akan dapat diubah kepada 'akan' terjadi selama-lamaya. jadikanlah kenyataan itu sebagai kenangan dan pegajaran yang sangat berguna untuk digunakan pada masa-masa yang akan datang. 

Semoga Harimau Muda akan mengaum dgn kuat dan mempamerkan aksi yg hebat dan kalau  kalah pun sekurang2nya tunjukkan semangat juang yg tinggi hingga ke saat2 terakhir permainan. semoga berjaya Harimau Muda. wallahu'alam.

JADUAL PERLAWANAN SKUAD OLIMPIK NEGARA


TeamGPWDLGFGA+/-Pts
BAHRAIN000
JAPAN000
MALAYSIA000
SYRIA000
#
Date
Match
Venue
Result
1
21 September 2011
SYRIA-BAHRAIN
1
21 September 2011
JAPAN-MALAYSIA
2
23 November 2011
BAHRAIN-JAPAN
2
23 November 2011
MALAYSIA-SYRIA
3
27 November 2011
JAPAN-SYRIA
3
27 November 2011
MALAYSIA-BAHRAIN
4
05 February 2012
SYRIA-JAPAN
4
05 February 2012
BAHRAIN-MALAYSIA
5
22 February 2012
BAHRAIN-SYRIA
5
22 February 2012
MALAYSIA-JAPAN
6
14 March 2012
SYRIA-MALAYSIA
6
14 March 2012
JAPAN-BAHRAIN

No comments:

Post a Comment