Thursday, June 30, 2011

PERAKUAN MUKTAMAD

Alhamdulillah selesai sudah kursus berkenaan tatacara kontrak JKR 203A REVISED 2007. agak banyak juga input yang aku dapat berkenaan kursus ini dan penceramahnya juga seorang yang berpengalaman dan agak praktikal dengan situasi sebenar yang berlaku di dalam industri pembinaan ini, beliau ialah Sr. Norshimah Bt Meon. Apa-apa pun terima kasih pada boss aku kerana sudi sponsor aku dan rakan-rakan untuk menghadiri kursus ini. Alhamdullilah.

Maklumat penceramah
Sr. Norshimah Bt Meon
B.Sc (Hon) QS, UTM, M.Sc (Facilities Mgt) UTM MISM (M) REAM (M)
Ketua Penolong Pengarah Kanan (UB)
JKR Negeri Selangor


Semua tulisan ini berdasarkan pemahaman aku dan nota yang telah diberi semasa kursus ini berlangsung sesiapa yang memang expert terbaca tulisan ini dan mendapati ada kesalahan fakta tolonglah informkan ye. Tulisan ini hanyalah sebagai nota dan rujukan. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada semua.

PWD 203A (REVISED 2007) VS PWD 203A (10/83) 2003

Apa yang difahamkan PWD 203 A (Revised 2007) yang agak baru dikeluarkan ini akan dilahirkan lagi dengan revision 2010 yang dalam proses pembikinan. Oleh sebab itu, jugalah revision 2007 ini tiada versi bahasa melayu. (nampaknya terkapai-kapai lagi la aku jawabnya sebab yang rev 2007 ini pun belum khatam lagi ;) ), namun begitu kebanyakan isinya adalah sama, Cuma terdapat penambahbaikkan terhadap susunan dan fasalnya sahaja. Oleh itu, bagi QS yang telah arif dengan borang kontrak yang lama tidak akan mempunyai masalah dengan borang kontrak yang baru ini.


PERAKUAN MUKTAMAD

1.        Prosedur penghantaran paper work bagi kerja-kerja tambahan (VO)

Proses VO ini melibatkan penghantaran paperwork


KPK               APK              PHK

KPK – Kelulusan Permohonan Kerja
APK – Arahan Perubahan Kerja
PHK – Pelarasan Harga Kontrak

Pada dasarnya, jika terdapat VO (tambahan) bagi sesuatu projek pihak QS perlulah memohon daripada jawatankuasa VO seperti proses yang diterangkan di atas, namun begitu jika perkara ini dilakukan step by step maka ternyata proses kelulusannya akan melalui masa yang panjang.

Oleh itu, arahan terhadap kerja tersebut akan dilakukan oleh SO kepada kontraktor dan kontraktor perlulah melaksanakan kerja tersebut. Pada masa yang sama QS akan menyediakan paperwork tersebut dan menghantar dahulu KPK dan APK bersekali dan kemudiannya diikuti dengan PHK setelah kerja-kerja tersebut telah siap. Ini akan mempercepatkan proses kelulusan VO tersebut

Paperwork perlu dihantar setelah kerja-kerja V.O tersebut siap (Lebih Awal tanpa menunggu di akhir projek tersebut)

Perkara ini dilakukan agar tidak menjadi kekeliruan kepada S.O atau jawatankuasa VO semasa proses kelulusan VO. Jika ini berlaku ianya akan menyebabkan kelambatan dalam proses kelulusan VO dan ianya akan menyusahkan pihak kontraktor dalam mendapatkan tuntutan mereka sepenuhnya.


BILA?
(Clause 31.3)
< 3 bulan selepas tamat tempoh liabiliti kecacatan (DLP)
Atau
3 bulan selepas CMGD (yang mana terakhir)

Tetapi
Amalan Jkr ianya dilakukan dlm tempoh 6 bulan dari CPC


PERKARA YANG PERLU DIAMBILKIRA DALAM PENYEDIAAN PM

1.        Penyelarasan P.C Sum / Provisional Sum
2.        Pengukuran semula kuantiti sementara
3.        Penyelarasan APK
4.        VOP dan pengiraan baki VOP
5.        Tuntutan (Jika ada)

BAGAIMANA JIKA KONTRAKTOR TIDAK MAHU MENANDATANGANI PM?

Boleh diluluskan tanpa tandatangan kontraktor setelah terbukti tempoh masa secukupnya telah diberikan (melalui peringatan secara bertulis)
               

                ISU-ISU BERKAITAN PERAKUAN MUKTAMAD

Kenapa lebihan bayaran terjadi? Antaranya..
1.        VOP (omission) tidak dibuat secara bulanan
2.        LAD yang tidak dipotong
3.        Advance Payment tidak di rekod
4.        “Potongan” ke atas pihak ketiga yang perlu dibuat
5.        Remeasurement (omission) lambat dibuat
6.     Nilai PM mestilah dalam lingkungan yang munasabah, jangan “withhold” bayaran yang tinggi nilainya.
7.   Jika perlu, bayaran interim ataupun Penultimate Payment BOLEH dibuat selepas CPC dikeluarkan. (tarikh penilaian tak lebih dari CPC).

APA YANG PERLU DISERTAKAN DENGAN PM?

Dokumen-dokumen sokongan adalah;-

1.        Senarai APK dan PHK
2.        Senarai bayaran interim terdahulu (baucer pembayaran)
3.        Statutory declaration



3 comments:

  1. Salam,

    sy nk tnye kalau penolakan WPS perlu ditolak berdasarkan kepada harga kontrak atau harga sebenar.

    sy agak confused!!

    sbb dibawah kementerian yg sama tp cara pengiraan yang berbeza.

    harap saudara dapat membantu.

    Jzk

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan, maafla sy dh lama x update blog ni.
      skrang dh tukar profession tp still dlm bidang construction. sy bukanla arif sgt dlm hl ni. tapi nk tya tuan penolakan WPS ini dh smpai peringkat mn?

      Delete
    2. assalam . dlm peringkat PWD 203A lepas CPC MMG WUJUD PENULTIMATE CLAIM KE ? ATAU HANYA PADA PAM CONTRAT

      Delete