Friday, September 30, 2011

KEIMANAN DAN KEPERCAYAAN SEORANG SUFI KEPADA ALLAH

"Eh takkan kot? Rasanya begitu awal? kalau ye pun dalam minggu depan ataupun 2 minggu lagi".Detik hatiku berkata. Mana taknya aku pernah dengar cerita daripada kawan-kawan ataupun saudara mara, jika secara normal pun paling awal 2 minggu awal. Aku bingkas sedar
dan berkata dalam hati "Apa yang nk dihairankan jika difikirkan kerana semua itu adalah ketentuan Tuhan. Aku hanya merancang tuhan yang menentukan. Jika Dia dah kata "KUN FA YA KUN" maka terjadilah ia. Tiada kuasa yang dapat menghalangnya kerana sesungguhnya kepada Dialah aku menyembah dan kepada Dia jugalah aku memohon pertolongan. 

JAM 8.00 PAGI /24HB SEPTEMBER 2011

Seperti biasa bangun pagi, mandi dan siap-siap kalau-kalau ada kerja nak buat walaupun hari minggu. Ketika dok fikir-fikir apa benda nak buat baru tersedar yang lampu rumah burung terbakar so nak kena ganti. Bila lampu dah siap ganti, sambil tu juga tengok-tengok dalam rumah tu kalau-kalau ada pertambahan sarang. Alhamdulillah ada pertambahan. Apabila dah keluar dari situ, isteri tercinta telefon menyatakan beliau rasa sakit perut yang lain daripada biasa. So aku standby je kalau-kalau  betul-betul isteri aku bersalin hari ini (walaupun due date adalah pada 16/10/11 iaitu lebih kurang 3 minggu lagi).


JAM 9.00 PAGI /24HB SEPTEMBER 2011

Sakit isteri makin menjadi-jadi, aku pun bersiap-siap nak bergerak ke Shah Alam sambil mengutip herba yang akan digunakan untuk mandi jika isteri aku bersalin nanti. Kerja aku lebih senang sebab dapat pertolongan mak aku, mana taknya manala aku tahu herba mana yang aku perlu ambil huhuhu. Apa yang aku ingat kalau tak silap antaranya daun pandan, inai, mengkudu besar, mengkudu kecil, pisang kelat dan lagi aku dah tak ingat ;). dekat seguni jugalah aku dengan mak aku kutip untuk dibawa ke Shah Alam. 

JAM 1.30 PETANG /24HB SEPTEMBER 2011

H/phone aku semakin galak berbunyi. makin lama makin aku rasa masanya dah sampai untuk aku sambut orang baru dalam hidup aku. Aku bertolak dengan mak aku ke sana. Dalam perjalanan aku dimaklumkan bahawa isteri aku dah dibawa ke Hospital Putrajaya. So makin kuatlah pedal minyak aku tekan. Apalagi mak aku pun bisinglah dekat sebelah, suruh aku bersabar dan bertenang. Aku pula macam dah dengar tak dengar je time tu :). Dalam hati memang rasa nk sampai sebelum isteri aku bersalin. Sebab teringin nak rasa situasi masa tu tapi di sudut hati aku yang lain rasa macam tak confident je nk masuk bilik bersalin tu nanti;).

JAM 3.00 PETANG /24HB SEPTEMBER 2011

Sekali lagi h/phone berbunyi, kali ini diberitahu isteri aku dah tiba di Hospital Putrajaya dan dimasukkan ke dewan bersalin. Hati sedikit lega. Pedal makin kuat ditekan. Makin semangat nk sampai kesana. Rasanya perjalanan kali ini ke Putrajaya tak ada sedkit pun rasa mengantuk. kalau tak sebelum ni drive sikit berhenti R&R sebab mengantuk tapi kali ini agak berlainan. Mata tetap fokus pada highway. kejap-kejap je berkelip. memang nekad nak sampai sana sebelum isteri bersalin.

JAM 4.00 PETANG /24HB SEPTEMBER 2011

Dalam keadaan fokus hendak sampai. h/phone berbunyi lagi. Panggilan kali ini amat melegakan hati yang berdegup tak menentu. Akhirnya, isteri selamat bersalin secara normal setelah lebih kurang 50 minit dimasukkan ke dalam dewan bedah. Perasaan sedikit kecewa sebab tak sempat sampai pada masanya, tetapi sebahagian besar lagi hati berasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan selamat dan tiada masalah. Akhirnya seorang serikandi yang bernama Iman Sufi Binti Abdul Hafiz telah dilahirkan. Apa yang nyata ketika menyambung kembali saki baki perjalananku ke Putrajaya mulutku bagai ditarik ke telinga;).

JAM 8.00 PETANG /24HB SEPTEMBER 2011

Sampai juga jejak kaki aku di Hospital Putrajaya dengan selamat. Alhamduliilah. Sebelum aku menyentuh anak kandungku buat kali pertama aku terus solat. Setelah selesai solat, pertama kali aku memegang anakku, geletar tangan aku rasakan. Sebak campur gembira. Uminya senyum gembira bagaikan terus hilang rasa sakit yang telah dilaluinya. Alhamdulillah. Isteri dan anak dalam keadaan sihat kedua-duanya. Terima kasih kepada isteri kerana telah mengandungkannya. Lebih kurang 43 minggu lamanya. Tanpa membuang masa aku pun terus memperdengarkan bacaan iqamah kepadanya. Suasana bertukar sepi seketika. Alhamdulillah semuanya sudah selesai akhirnya.

Iman Sufi (Kepercayaan dan Keimanan Seorang Sufi kepada ALLAH)

Satu lagi buku amalan akan dicatat di dalamnya. Semuanya terpulang kepada cara aku mendidiknya. Semuanya akan ku tanggung sebelum sampai giliran bakal suaminya. Ini bermakna satu lagi tanggungjawab besar yang perlu aku pikul sebelum sampai aku menutup mata selama-lamanya. Mudah2an aku dapat mendidik dia menjadi seorang yang solehah yang berguna dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negaranya, kerana cabaran dan dugaan pada zamannya akan lebih hebat dari zaman Ibu bapanya. Amin ya rabal 'alamin.

Terima kasih, xiexie, syukran

Terima kasih diucapkan kepada isteriku kerana tanpanya tiadalah anakku :). Segala pengorbanannya amatlah aku hargai dan tiada apa yang dapatku katakan selain dari ucapan terima kasih kepadanya. Sesungguhnya Allah mengetahui pengorbanannya selama bergelar isteri kepada insan ini. Sesungguhnya dunia ini adalah bersifat sementara sahaja dan kepada DIA-lah jugalah kita kembali nanti. Semoga kita berdua akan terus mengabdikan diri kepadaNya dalam mencari syurga firdaus syurga yang abadi . Amin. Terima kasih juga kepada ibu bapaku dan ibu mertuaku serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang telah membantu. Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian. Amin.
Wassalam.   


Gambar-gambar yang sempat diambil oleh ahli keluarga

Bapa saudara memperdengar bacaan Iqamah





















No comments:

Post a Comment