Friday, September 30, 2011

DEMAM KUNING @ JAUNDICE

Setelah 6 hari dilahirkan, Iman Sufi terpaksa dimasukkan ke wad pada 29hb September 2011 kerana paras demam kuningnya dah mencapai bacaan 288 (Paras Sempadan sebelum bahaya). Daftar wad pada jam 12.30 tengahari. Sedih dan sayu rasanya. Almaklumlah baru
pengalaman pertama. Baru aku tahu macam mana perasaan jadi bapa. Masa doktor tu inject untuk ambil sample darah aku dah start sebak. Mula-mula tu nak cover la tapi keluar juga hujan membasahi pipi. Isteri aku pula? tak payah cakap la dari semalam lagi dah basah je muka dia. Ntahlah perasaan tu datang sendiri. Tambahan pula aku tengok doktor yang inject dia tu macam tak yakin je macam budak praktikal pun ada. Tambahan pula aku dengar macam2 cerita yang tak elok bila nak inject bayi dekat Hospital. Bila bayi menangis je feel sebak tu tiba2 datang. Memang berair la mata aku. Aduhh tak tahu nak cakap time tu. Apa-apa pun mudah-mudahan aku akan jadi bapa yang kental semangat, fikiran dan iman dalam mendidik anak aku untuk menjadi seorang yang solehah dan memperjuangkan agama  Islam suatu hari nanti. Amin.


PETUA DEMAM KUNING

Sebelum ni aku tak pernah ambil tahu pun hal-hal macam ni. Tapi bila perkara mcm ni terkena batang hidung sendiri baru la melompat-lompat tanya orang sana tanya orang sini. Alhamdulillah sesungguhnya ada hikmah disebalik musibah yang menimpa. Dalam pada tu juga banyaklah petua yang aku dapat antaranya:

1) Bagi bayi minum susu kambing (kuantiti yang sedikit)
2) Jemur bayi pada pukul 8 pagi
3) Bagi minum air sengkuang cina yang diparut
4) Minum air anggur hijau
5) Mandi dengan herba cina dan lain-lain lagi lah

tapi dalam banyak-banyak petua yang aku rasa paling mujarab, selamat dan disahkan pakar dengan izin Allah adalah susu ibu. Lagi kerap lagi bagus. walaupun susu masih belum banyak, kerana susu ibu yang mula-mula keluar tu banyak manfaatnya. Apa yang difahamkan pada aku oleh doktor, ianya mengandungi colustrum. ntahlah betul ke tak ejaan aku tu tapi bunyinya macam tu la. Mudah-mudahan semua ibu dan bakal ibu dapat mengamalkannya dan mendapat keberkatan jika niat tu betul.
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment